KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw mengetengahkan konsep ‘Malam Graduasi’ di konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 1 Jun depan.
Isteri kepada komposer terkenal, Anto Hoed ini memberitahu, pemilihan konsep malam graduasi adalah peluang peminat mengimbau kembali momen selepas tamat zaman persekolahan.
“Saya selalu bilang ke Iman (Iman Tang) bahawa kalau mahu bikin konsert saya, konsepnya harus bagus.
“Yang relate sama konsep sebelumnya, ya graduation ini. Saya senang menerimanya, ini akan menjadi spektakular, akan jadi sesuatu yang heboh kerana kerana malam graduation ini malam lepas sekolah, malam kelulusan pasti semuanya lepas, kegembiraan juga lepas, pasti seru bangat,” katanya ketika ditemui media di sidang media konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends di Rumah Tangsi pada Isnin.
Tambah Melly, dia teruja dapat bertemu dengan para peminat sekali lagi dalam konsert yang berskala lebih besar.
Tahun lalu, Melly mengadakan konsert mengetengahkan konsep Back To School di Dewan Plenary, KLCC pada Februari 2023.
Konsep Malam Graduasi bukan sekadar menyanyikan rangkaian lagu popularnya tetapi lebih kepada perjalanan emosi bersama peminat.
Mengenai pilihan lagu, Melly tidak berkongsi lanjut tetapi beliau memberi petanda bahawa akan menjemput lebih tiga artis undangan untuk berkolaborasi dalam konsert tersebut.
Tambahnya, konsert kali ini penuh dengan elemen kejutan dan kepelbagaian dalam persembahan, serta menyajikan peluang menikmati gabungan suara dengan bakat berbeza.
Astro Awani
Wed Feb 28 2024
Konsep Malam Graduasi bukan sekadar menyanyikan rangkaian lagu popularnya tetapi lebih kepada perjalanan emosi bersama peminat.- ICON ENTERTAINMENT
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan menegaskan persepsi bahawa Kerajaan memansuhkan atau menghapuskan subsidi diesel adalah tidak tepat.
SKDS 2.0: Pantau pelaksanaan di Semenanjung terlebih dahulu
Armizan berkata masih banyak perkara yang perlu diperhalusi termasuk melihat kepada hasil pelaksanaan di Semenanjung sebelum laksana di Sabah dan Sarawak.
Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan Malaysia Airlines sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan badan induk bola sepak kebangsaan itu.
SKDS 2.0: 1 juta fleet card sudah tersedia
Armizan berkata, setakat ini sebanyak 1 juta stok fleet card sudah tersedia untuk memenuhi permintaan 23 jenis kenderaan yang layak melalui Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).
'Tidak timbul isu tender terbuka projek DRT' - MB Selangor
Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan tidak timbul isu tender terbuka berhubung pelantikan dua syarikat pengendali Projek Rintis Demand Responsive Transit (DRT) di negeri itu.
Bursa Malaysia catat kenaikan selepas Google umum pelaburan di Malaysia
Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini tetapi indeks utama naik selepas Google mengumumkan untuk melabur RM9.4 bilion di Malaysia.
Johor giat kembangkan sektor pelancongan kesihatan menjelang TMJ 2026
Kerajaan Negeri Johor sedang giat menjalankan usaha mengembangkan sektor pelancongan kesihatan di negeri itu menjelang Tahun Melawat Johor 2026.
Projek bercampur Ho Hup bernilai RM1 bilion di Bukit Jalil dihentikan, Exsim beli tanah RM110 juta
Perjanjian pelupusan yang dimeterai bertujuan untuk memperbaiki kedudukan kewangan kumpulan itu.
Ketengah ‘Malam Graduasi’, konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends 1 Jun depan
Pemilihan konsep malam graduasi adalah peluang peminat mengimbau kembali momen selepas tamat zaman persekolahan.
Program setahun bersama Kerajaan MADANI: Prasarana tawar diskaun 25 peratus
Prasarana menawarkan diskaun hingga 25 peratus untuk perkhidmatan rel dan BRT dari atau ke Stesen LRT Bukit Jalil, bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Mayat dalam kereta: Polis berkas lima lelaki
Hasil siasatan mendapati kes ini berkaitan satu laporan polis bersabit Bukit Jalil 8063/23 yang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Komposer muzik terkenal India Yuvan bakal adakan konsert di Malaysia pada Sabtu
Komposer muzik terkenal India, Yuvan Shankar Raja, bersedia untuk memukau penonton dengan persembahan dinamik menerusi konsert bertajuk "HIGH ON U1 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2023" pada Sabtu ini.
Blinks Indonesia tercabar, Sitizoner naik angin - Panas konsert BLACKPINK di media sosial
Kami senaraikan beberapa perkara menarik yang menjadi buah mulut netizen dalam konsert Born Pink Live in KL.
Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 2 pagi
Operasi semua stesen lain akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir.
Piala AFF: Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi Thailand, harga kekal RM30
Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara skuad Harimau Malaya dengan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini (7 Jan).
Piala AFF 2022: Operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 12.30 malam
Operasi Stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 12.30 malam pada 3 Januari ini.
Pandelela, Tze Liang menang emas di GP Terjun
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong kembali menguasai acara kegemarannya, selepas memenang pingat emas di Grand Prix Terjun FINA.